Isu kad tambah nilai dikenakan GST dibawa kepada Kastam

  • 7 years ago
Cukai barang dan perkhidmatan, GST tidak perlu dikenakan terhadap mana-mana kad tambah nilai prabayar kerana sudah terdapat cukai dikenakan dalam setiap kad itu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata isu berhubung kad tambah nilai prabayar yang dikenakan GST syarikat telekomunikasi akan dibawa untuk perhatian Jabatan Kastam Diraja Malaysia.