GST: Kementerian Kesihatan, kastam jumpa minggu depan

  • 7 years ago
Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada minggu depan dalam usaha menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan, GST bagi bayaran profesional untuk perundingan yang dikenakan doktor di hospital swasta. Menteri Kesihatan Datuk Dr S.Subramaniam memaklumkan, pihaknya akan mewakili doktor hospital swasta untuk menyampaikan pandangan mereka berkaitan isu itu kepada kastam.