Tolak pengadil, Ronaldo digantung 5 perlawanan

  • 7 years ago
Penyerang bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo digantung lima perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) susulan tindakannya menolak pengadil ketika aksi 'El Clasico' Piala Super Sepanyol awal pagi semalam.

Ronaldo yang merupakan Pemain Terbaik Dunia dijatuhi hukuman gantung serta merta satu perlawanan kerana menerima kad merah ketika perlawanan tersebut dan ditambah empat perlawanan seterusnya.

Selain digantung, Ronaldo turut didenda 3,805 euro (RM19,245) kerana tindakannya terhadap pengadil Ricardo de Burgos Bengoetxea.

RFEF turut memberi masa 10 hari untuk mengemukakan rayuan.