Video: Protes 'Mannequin Challenge' pemain, jurulatih digantung 2,3 tahun

  • 7 years ago
Ingat lagi pasukan dari liga Vietnam (V-League) Long An Fc yang bermain''Mannequin Challenge' ketika perlawanan kerana protes kepada keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan Chi Minh City.

Akibat perlakuan pasukan itu Badan Bola Sepak Vietnam telah mengenakan penggantungan 2 tahun kepada Nguyen Minh penjaga gol dan dua lagi rakan beliau.

Sementara itu Ketua jurulatih dan juga pengerusi Long An pula dikenakan penggantungan 3 tahun kerana seolah-olah merestui tindakan pemain-pemain mereka.

Media tempatan melaporkan Menteri Sukan Vietnam turut mengutuk tindakan tidak matang itu dengan berkata bahawa salah laku ini telah mencemar peraturan pertandingan dan dikira satu tindakan tidak ada semangat kesukanan dan tidak bertamadun.

Sebelum ini tular di internet tentang aksi-aksi pemain Long An yang membiarkan sahaja gawang mereka dibolosi.

Mereka membuat keputusan untuk berdiri seperti tunggul di atas padang dan ‘membiarkan’ Ho Chi Minh City menjaringkan 3 gol paling mudah dalam sejarah V-League.

Recommended