Isu pokok ceiba chodatii, kerajaan Terengganu mungkin ambil tindakan undang-undang

  • 7 years ago
Kerajaan Terengganu mungkin ambil tindakan undang-undang berkenaan isu pembelian pokok ceiba chodatii kerana ia memberi gambaran berlaku pembaziran dan penyelewengan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pembelian pokok bernilai hampir RM180,000 tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan beliau sendiri tidak tahu.

Katanya jika perlu, fitnah isu pokok ceiba chodatii yang tular di laman sosial hingga mengaitkan namanya itu perlu dihentikan dengan tindakan undang-undang.

Tambahnya beliau meminta pihak kerajaan negeri melalui unit undang-undang meneliti perkara tersebut dari sudut perundangan untuk tindakan sewajarnya.

Semalam, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir. Abdul Hamid Mat Daud dalam satu kenyataan memberitahu, pembelian pokok itu tidak melibatkan dana kerajaan dan tidak termasuk dalam skop projek.