Isu kaum- Kaedah lembut lebih baik daripada 'mendidik' guna undang-undang

  • 4 years ago
Kerajaan lebih suka menangani isu ketegangan kaum menggunakan pendekatan yang lembut daripada "mendidik" melalui undang-undang.

Menteri Perpaduan Nasional, Halimah Mohamed Sadique berkata, terdapat pelbagai undang-undang yang dapat digunakan untuk provokasi perkauman yang ditimbulkan secara sengaja, tidak kira sama ada oleh ahli politik atau orang awam.

Bagaimanapun, kementerian lebih suka menggunakan langkah-langkah yang mendorong perpaduan, termasuk menjadi pengantara untuk menyelesaikan sebarang konflik atau ketegangan dalam sebuah komuniti.