PAS hairan dengan cadangan penswastaan MAS
  • 9 years ago
PAS hairan dengan kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan bersetuju cadangan Penerbangan Malaysia, atau MAS diswastakan bagi membolehkan syarikat itu mencatatkan keuntungan.

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut mempersoalkan cadangan itu memandangkan kegagalan dasar itu sebelum ini sewaktu bawah Tan Sri Tajuddin Ramli.