PRU15: PAS tak kerjasama dengan Umno jika tanpa Bersatu - Annuar
  • 3 years ago
Umno kini tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu, menurut Setiausaha Agung BN Annuar Musa.

Katanya, ini memandangkan PAS bertegas bahawa Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu.

Dalam temu bual bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam tadi, Annuar mendakwa PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) Rabu lalu.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/1021362431704241
Recommended