Malaysia terus ketuai operasi cari pesawat MH370

  • 9 years ago
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan media asing bahawa kerajaan China akan mengambil alih siasatan kehilangan pesawat MH370.

Katanya, pasukan China berserta beberapa pesawat dan kapal daripada negara lain, termasuk dari Amerika Syarikat hanya datang untuk membantu mencari dan menyiasat kejadian Sabtu lalu itu.