Lee Zii Jia jangka masa depan sukar, harap rakyat Malaysia terus sokong

  • 3 years ago
Pemain badminton negara Lee Zii Jia berkata dia berharap rakyat Malaysia dapat memberi sokongan kepadanya tidak kira apa jua keadaan selepas ini.

Katanya dia menjangkakan masa depannya akan bertambah sukar namun akan berusaha gigih untuk mendapatkan keputusan yang terbaik untuk negara.

Lee Zii Jia melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara kejohanan Seluruh England selepas menewaskan pemain handalan Denmark, Viktor Axelsen pada aksi final di Birmingham, pada Ahad lalu.

Pada saingan yang berlangsung di Utilita Arena itu, Zii Jia menampilkan persembahan bertenaga apabila melakar kemenangan 30-29, 20-22, 21-9 dalam tempoh lebih sejam.

Sumber video: https://www.facebook.com/BAMalaysia/videos/190988866165674