Larangan ke S'wak, Rafizi mahu heret KM ke mahkamah

  • 9 years ago
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli percaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem cuba menghalang pemimpin parti itu daripada ke sarawak kerana bimbangkan pengaruh mereka menjelang pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Katanya, beliau akan cuba membawa kejadian yang menimpanya hari inii ke mahkamah untuk pengadilan.

Rafizi tiba pada jam 6.20 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang 30 minit kemudian oleh pegawai Jabatan Imigresen.