Hutang 1MDB: PKR mahu heret menteri ke JK Parlimen

  • 9 years ago
PKR mahu Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan percanggahan jawapan berhubung pembabitan jutawan negara Tan Sri Ananda Krishnan yang membekalkan dana RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata sekiranya jawapan tidak diberikan, beliau akan merujuk Husni kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.