SU Agung PKR: Mesyuarat tak sebut pecat Khalid

  • 9 years ago
Datuk Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa tiada perkataan "pecat" disebut pada mesyuarat Biro Politik PKR malam semalam apabila membincangkan keenganan Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Selangor.


Katanya, sebagai setiausaha agung, beliau mengesahkan perkataan pecat tidak disebut semalam tetapi mereka hanya membincang pelbagai perkara menyentuh tentang isu tersebut.