Tarik balik pembohongan atau jumpa di mahkamah

  • 9 years ago
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi tempoh 24 jam kepada Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hasan untuk menarik semula pembohongan terhadap dirinya dan pentadbiran kerajaan negeri atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Katanya, tuduhan oleh bekas Ketua Pemuda PAS itu bahawa beliau tidak dikritik mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang sepertimana yang dihadapi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) sama seperti yang dibuat oleh soldadu siber pro BN dan pro Umno selama ini.

Recommended