Beri alasan sekat Pua atau bersedia ke mahkamah

  • 9 years ago
Pengerusi Biro Guaman DAP, Gobind Singh Deo hari ini memberikan tempoh seminggu kepada pihak berkuasa membekalkan alasan sekatan ke atas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua daripada meninggalkan negara atau bersedia diheret ke mahkamah.

Katanya, selepas 24 jam berlalu, kerajaan masih belum memberi alasan sekatan ke atas Pua yang juga adalah ahli Jawatankuasa Kira-kira wang Negara (PAC), dan ini menimbulkan keraguan mereka menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.

Recommended