Orang asal Sarawak rayu henti bina empangan mega
  • 9 years ago
Masyarakat pribumi Sarawak, khususnya di kawasan pedalaman merayu kepada kerajaan agar menghentikan pembinaan empangan mega yang didakwa memusnahkan kehidupan mereka apabila sungai-sungai terus tercemar.

Bagi mengutip derma bagi membantu kempen 'Selamatkan Baram' yang dianjurkan oleh komuniti gabungan beberapa kumpulan aktivis alam sekitar, satu majlis makan tengahari diadakan di Kuala Lumpur hari ini.