Jangan orang Cina kuasai Sarawak

  • 5 years ago
PAS mengajak penduduk Melayu dan Iban di Sarawak agar bekerjasama menghalang Cina DAP daripada "menguasai" negeri berkenaan.

Berucap di Rumah Panjang Gima di Bintulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata Sarawak wakar dikuasai oleh bumiputera negeri terbabit.

“Sebab itu kita (PAS) harap supaya rakyat selama ini utamakan, biar bumiputera yang menguasai Sarawak ini.

"Biar Melayu yang menguasai Sarawak ini... kita tidak (mahu) halau orang Cina, tidak! Tapi jangan (kita biarkan) orang Cina (DAP) menguasai Sarawak ini," katanya seperti dipetik lidah rasmi parti itu, harakahdaily, semalam.

Abdul Hadi yang baru-baru ini menandatangani piagam Muafakat Nasional bersama Umno di Kuala Lumpur memberitahu, DAP mahukan orang Cina menguasai Sarawak.

"Kita kena halang, sebab itu Melayu, Iban, dengan semua penduduk asal ini perlu bersatu, pertahankan kuasa bumiputera di Sarawak ini.

“Ini (yang) PAS minta - supaya kita semua bersatu jangan sokong DAP, jangan sokong parti-parti yang bekerjasama dengan DAP,” katanya.

Untuk rekod PAS sudah bertapak agak lama di Sarawak dan menyertai pilihan raya umum (PRU) dan negeri sebelum ini. Pada PRU lalu PAS meletakkan calon di kerusi parlimen Petra Jaya, Sibuti, Kota Samarahan, Batang Sadong dan Batang Lupar.

Bagaimanapun semua calon terbabit gagal mendapat undi yang signifikan daripada penduduk negeri terbabit.

Recommended