Bekas bos SPR kini penasihat pilihan raya Umno, kata PKR

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendedahkan bahawa bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar sedang bekerjasama dengan Umno dalam memberi nasihat dan bantuan berhubung pilihan raya.

Katanya, Wan Ahmad juga sedang memberi nasihat kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung persempadanan semula pilihan raya.