Muhyiddin beri bayangan Bersatu Sabah diketuai Adun bekas Umno

  • 5 years ago
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan bahawa Bersatu Sabah yang dilancarkan hari ini akan diketuai oleh bekas pengerusi Umno Sabah, Hajiji Noor.

Perkara itu didedahkan Muhyiddin dalam ucapannya di majlis pelancaran parti itu di Penampang, tengah hari tadi.

“Hari ini akan umumkan nama-nama (pemimpin Bersatu Sabah), terutama mereka yang akan menjadi penggerak utama.

“Saya nak bagi sedikit gambaran, kerana majlis hari ini dipengerusikan, tak lain tak bukan (oleh) Hajiji Noor, maka tak harus jadi teka-teki siapa yang akan jadi ketua badan pimpinan negeri,” katanya disambut sorakan hadirin pada majlis tersebut.