Speaker tolak petisyen mansuh Akta Hasutan

  • 9 years ago
Petisyen untuk memansuhkan Akta Hasutan yang diserahkan kepada Parlimen minggu lalu, ditolak oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana alasan teknikal.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa ada di antara 3,005 pempetisyen tidak menurunkan tandatangan atau cap jari dalam petisyen itu.

Beliau juga berkata bahawa isu sama ada akta itu perlu dimansuhkan sedang dalam pertimbangan pihak kerajaan dan petisyen seumpama itu hanya melibatkan isu yang "terlepas pandang" oleh kerajaan.

Recommended