'Kamu pasti peserta demo Datum penduduk tempatan?'

  • 9 years ago
Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali mempersoalkan sama ada kira-kira 100 peserta demonstrasi yang membantah pembinaan kondominium mewah di projek Datum Jelatek di Taman Keramat, semalam terdiri daripada penduduk tempatan.

Beliau mengulas soalan wartawan yang mahu mendapat maklumbalas beliau berhubung tindakan peserta demo yang bertukar menjadi ganas pada perhimpunan semalam.