Gambar bersama Chia diguna bagi jatuhkan saya, kata Khalid

  • 9 years ago
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Abdul Samad mendakwa pihak-pihak yang mahu menjatuhkannya pada pemilihan parti Jun ini mula menyebarkan ambar beliau bersama model antarabangsa dan pelakon Amber Chia.

Gambar yang dirakamkan itu memaparkan Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam hadir pada upacara perasmian Expo Home Deco bersama beberapa tetamu kenamaan termasuk penyanyi popular Ning Baizura.

Menurut Khalid gambar yang diedarkan alah gambar yang disunting supaya hanya dirinya bersama model berkenaan yang berpakaian menampakkan lututnya.