'Saya puasa tau, jangan ambil gambar banyak sangat'

  • 6 years ago
Kehadiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi tumpuan media dan penyokong Umno di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini.

Najib hadir bagi menandatangani dokumen proses ikat jamin selepas dibayar anaknya Nooryana Najwa dan Noorashman berbaki lagi RM500,000 kepada pendaftar mahkamah.

Selepas selesai, beberapa penyokong Umno tidak melepaskan peluang bergambar dengan mereka.

Recommended