Amerika tetap sokong penyelesaian dua negara

  • 9 years ago
White House masih berpegang kepada penyelesaian dua negara bagi mencapai keamanan jangka panjang di Asia Barat meskipun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan untuk tidak menyokong pembentukan negara Palestin.

Menurut jurucakapnya, Jen Psaki - Presiden Barack Obama percaya tindakan itu jalan terbaik menyelesaikan masalah dan setakat ini, Obama belum mengutuskan ucapan tahniah kepada Netanyahu atas kemenangannya.