Dua PM negara letak jawatan

  • 7 years ago
Perdana Menteri Itali Matteo Renzi juga meletakkan jawatan setelah kalah teruk dalam referendum untuk membuat pembaharuan perlembagaan.

Beliau berkata akan memikul bertanggungjawab penuh atas hasil pengundian dan menegaskan bahawa penentang referundum itu mesti membentangkan cadangan jelas mereka.

Seramai 60 peratus menolak cadangan Renzi itu. Jumlah keluar mengundi pula sebanyak 70 peratus, lapor agensi.

Renzi menjadi perdana menteri Itali selama dua tahun setengah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri New Zealand John Key hari ini mengumumkan peletakan jawatan mengejutnya.

Beliau dipetik sebagai berkata sekarang sebagai "masa yang sesuai" untuk meninggalkan politik.

Reuters melaporkan Key berkata, beliau belum mempunyai sebarang rancangan masa depan dalam masa terdekat ini, tetapi keputusannya berkaitan keluarga.

Katanya, beliau akan kekal di Parlimen untuk mengelakkan pilihan raya kecil bagi kerusi yang dipegangnya itu.

Key, bekas pedagang mata wang di Merrill Lynch baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-8 sebagai Perdana Menteri dan tahun ke-10 sebagai pemimpin Parti Nasional yang akan berhimpun minggu depan untuk memilih penggantinya.

Timbalan Perdana Menteri, Bill English disebut-sebut calon pilihan untuk mengambil tempat Key.

Recommended