Rahsia cinta setengah abad Mahathir-Hasmah

  • 9 years ago
Bukan mudah mempertahankan perkahwinan lebih lima dekad. Apatah lagi ketika apa sahaja tentang diri mereka menjadi perhatian 30 juta rakyat Malaysia.

Tetapi, selama 59 tahun bersama, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasangannya Tun Dr Siti Hasmah Mphamad Ali membuktikan perkara itu tidak sesusah mana, asalkan betul caranya. Ketika diwawancara di Putrajaya baru-baru ini, Siti Hasmah mendedahkan hubungan unik mereka yang lebih gemar memilih cara senyap jika “berperang” atau berselisih faham.