Siti Hasmah berdoa agar perjuangan Mahathir selesai

  • 9 years ago
Bagi Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak ada hadiah istimewa untuk diberikan kepada suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad kecuali iringan doa bagi kesihatannya sentiasa terpelihara dan majlis berbuka puasa bersama keluarga.

Sempena ulang tahun ke-90 bekas perdana menteri itu, beliau juga berdoa perjuangan Dr Mahathir sejak sekian lama akan selesai tidak lama lagi.