Pua cabar Najib dedah laporan Ketua Audit Negara

  • 9 years ago
Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan laporan awal Ketua Audit Negara berhubung sisasatan audit ke atas skandal 1MDB kepada umum.

Katanya, pendedahan maklumat itu penting bagi menentukan sama ada wakil rakyat pembangkang, termasuk dirinya dan portal pembocor maklumat Sarawak Report terbabit memalsukan dokumen yang dikaitkan dengan 1MDB.