'Ada macam-macam perangai dalam PN, PAS sentiasa tegur mereka'

  • 2 years ago
Timbalan Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata parti PAS sentiasa menegur rakan mereka dalam gabungan Perikatan Nasional.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin dalam Perikatan Nasional mempunyai pelbagai perangai kerana mereka ini merupakan bekas ahli Umno.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama sempena Muktamar Dewan Ulama PAS kali ke-61 di Guar Chempedak, Kedah, hari ini.