'Jika berlaku apa-apa, PAS sentiasa berada dengan Dr M'

  • 5 years ago
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa parti itu menjangkakan terdapat usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Beliau berkata, partinya merasakan ada yang tidak kena dengan cara Dr Mahathir bercakap tentang sekutunya dalam PH.

Justeru, katanya, sebab itulah PAS berikrar memberi sokongan kepada beliau ketika pertemuan dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jumaat lalu.

Sehari selepas pertemuan itu, Mahathir mendakwa PAS membuat keputusan untuk tidak menyokong BN dalam PRK Semenyih.

Mahathir sekali lagi menegaskan perkara itu semalam, dan memaklumkan beliau menerima persetujuan bertulis yang ditandantangani Takiyuddin.

Bagaimanapun Takiyuddin menjelaskan, persetujuan bertulis itu sebenarnya draf ikrar menyokong Dr Mahathir jika parti komponen PH memulakan undi tidak percaya terhadapnya.