'Tak boleh sewenang-wenang ubah SOP PRN Melaka ikut pihak tertentu' - KKM

  • 3 years ago
Kerajaan tidak akan mengubah prosedur operasi standard (SOP) kawalan Covid-19, khususnya membabitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hanya kerana didesak pihak tertentu.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Aaron Ago Dagang, berkata semua pihak, khususnya ahli dan parti politik perlu akur dengan SOP ditetapkan bagi memastikan risiko penularan kes Covid-19 dapat dikawal.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) yang bertanya mengapa SOP diumumkan untuk PRN Melaka terlalu ketat sedangkan negeri itu sudah berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).