'Pijak gambar Najib, Hadi agenda provokasi pihak tertentu'

  • 9 years ago
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menolak bahawa BERSIH 4 pada hujung minggu lalu adalah perhimpunan perkauman seperti yang dipaparkan oleh media arus perdana dan di media sosial.

Mengulas gambar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipijak oleh peserta, katanya, beliau tidak menolak kemungkinan ia agenda provakasi oleh pihak tertentu yang mahu menyaksikan perbalahan antara kaum.