Kesesakan berlaku kerana polis lakukan kerja dengan teliti

  • 4 years ago
Kesesakan jalan raya yang berlaku ketika sekatan jalan raya menunjukkan pihak polis telah melaksanakan tugas mereka dengan teliti, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Ini kerana arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) memerlukan pihak polis melakukan pemeriksaan yang ketat terhadap setiap kenderaan.