Menteri Besar Perak terlepas cakap keretakan dalaman PH dan DAP

  • 5 years ago
Baru-baru ini tular sebuah video yang dirakam yang tidak diketahui perbualan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengakui terdapat keretakan dalaman Pakatan Harapan (PH) khususnya antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan DAP.

Ketika itu beliau turun padang berkempen bersama calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini, turut kelihatan dalam video itu.

Antara intipati transkrip perbualan Ahmad Faizal Azumu dengan penduduk kampung:

"Masa saya kat Perak, saya sorang terkontang kanting nak melawan puak-puak DAP.

Saya nak pertahankan tanah orang Melayu, saya nak perjuangkan agama kita.

Saya buat jer itu pelan2 tapi alhamdulilah kat sana kawan-kawan UMNO saya takdela marah saya macam ni.

Sebenarnya bang, kawan2 kita yang dok datang kat sini jugakla.

Saya tak boleh nak cerita terus terang.

Ada orang kat sini.

Tapi apanamanya

Sebenarnya kita dah dekat, tak payah gaduh, sebenarnya ok, sebenarnya benda ni

Sebenarnya benda ni tak lama akan selesai

Sebab yang dok kat atas

yang dok kat atas semua dah ok dah

Sebenarnya tak nak cerita

Paham-pahamlah

Perak ni pasal seat ngam-ngam Johor Kedah Kelantan Terengganu

Kalau tidak jahanam kita

Jahanam kita

Kita sekarang ni harap Sabah Sarawak

Kalau tidak, melayu jahanam

Masa penamaan calon

Saya tak duduk pun dengan geng menteri"

Beberapa pernyataan tidak dapat didengari kerana kualiti audio yang tidak memuaskan. Malaysiakini sedang menghubungi Faizal dan pemimpin Pakatan Harapan Perak lain untuk mendapatkan maklum balas berkenaan video tersebut.

SUMBER : Ops Johor