6 penjawat awam didakwa atas 63 pertuduhan rasuah

  • 5 tahun lalu
BUTTERWORTH 24 Julai - Seramai lima anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan seorang bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas 63 pertuduhan rasuah membabitkan nilai suapan keseluruhannya berjumlah kira-kira RM73,600.