KB1M tawar beli buku secara mudah atas talian

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Rangkaian Kedai Buku 1 Malaysia (KB1M) baru-baru ini telah memulakan operasi perkhidmatannya secara atas talian yang mana itu membolehkan para pelanggan membeli koleksi buku-buku baharu dengan harga yang lebih murah menerusi kb1monline.com.my.
Pembelian atas talian ini turut menawarkan potongan harga di antara 10 peratus hingga 15 peratus iaitu harga yang sama rendah seperti yang ditawarkan di mana-mana rangkaian KB1M.
Selain daripada itu, pelanggan yang membeli koleksi buku secara atas talian, secara automatiknya, didaftarkan sebagai ahli.
Para pelanggan KB1M juga berpeluang memenangi dua tiket penerbangan ke 10 destinasi pelancongan termasuk Seoul, Korea; Mali, Maldives; Beijing, China; Sydney, Australia; Siem Reap, Mynmar; New Delhi, India; Tokyo, Jepun; Auckland, New Zealand; Bangkok, Thailand dan Bali, Indonesia.
Tawaran tiket penerbangan ini yang merupakan sebahagian daripada kempen promosi adalah dengan kerjasama MyCentrio Holidays Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE