Protes ‘baju merah’ - sukar kata ya atau tidak, kata menteri
  • 9 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri ketika diminta mengulas perhimpunan ‘baju merah’ yang dijadualkan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 16 September ini berkata sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga hak asasi manusia adalah sukar bagi beliau menjawap soalan itu.

Lagipun, katanya, bukan tugasnya bagi menentukan salah atau betul berhubung perhimpunan berkenaan tetapi menegaskan beliau mahu menyaksikan keamanan di negara ini terus terpelihara.