Inilah peluang untuk undi protes, kata Zakaria pada pengundi
  • 5 years ago
Calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, Zakaria Hanafi tidak bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sia-sia undi BN di Semenyih.Menurut Zakaria, pilihan raya adalah proses demokrasi dan inilah masanya untuk rakyat untuk menggunakan kuasa memilih.Zakaria turut mengajak pengundi Semenyih untuk mengundi BN sebagai tanda protes terhadap prestasi kerajaan setakat ini termasuk janji manifesto yang tidak tertunai.Mahathir semasa ceramah di Semenyih berkata ia-sia sahaja sekiranya pengundi di Semenyih memilih calon Barisan Nasional (BN) atau parti lain pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Sabtu ini.Malah, katanya, calon pembangkang tidak mampu melaksanakan agenda pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat kerana tidak mempunyai kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), sebaliknya berkata, calon PH, Muhammad Aiman Zainali mempunyai kelebihan untuk menunaikan agendanya untuk penduduk Semenyih sekiranya menang PRK itu kerana mempunyai sokongan daripada kerajaan negeri dan pusat yang diterajui PH.