Arah GLC iklan di Utusan, BH, tak adil kepada media lain - PKR

  • 9 years ago
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata arahan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lebih banyak beriklan di akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian adalah usaha terdesak Umno.

Katanya, arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan itu juga tidak adil kepada media lain yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan wang pengiklanan.