Surat FBI: PM perlu arah Zahid letak jawatan, kata PKR

  • 9 years ago
Pemuda PKR hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tiada pilihan kecuali menjalankan satu siasatan yang menyeluruh berhubung surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat yang membela Paul Phua, yang didakwa seorang raja judi.

Menurut ketua pemudanya, Fahmi Fadzil, sementara siasatan penuh dijalankan, Ahmad Zahid perlu melepaskan jawatannya.