Lantik Azizah jadi MB: NGO mahu polis tangkap 'Sultan Melaka'

  • 9 years ago
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat pemilik akaun laman sosial yang memuat-naik sepucuk surat yang kononnya dari ‘Sultan Melaka’.

Surat itu mendakwa pihak istana Melaka bersetuju melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.