Anwar: Azizah akan menghadap Sultan selepas MB

  • 9 years ago
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah dijangka menerima menghadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail selepas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbuat demikian esok.

Ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur, Anwar memberitahu pihaknya telah menghantar surat untuk memohon menghadap baginda minggu lalu.