Sofazr The Movie Jiwa Kacau mengisahkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Sofazr, mereka terlalu sibuk dengan pertunjukan pentas sehingga pada suatu hari mereka mengadu kepada pengurus mereka iaitu Zack (Zul2by2) bahawa mereka kepenatan dan zack telah membeli ubat trtadisional dari Pak Mastur (Hamdan Senario) dengan harapan dapat mengubati keletihan mereka, tetapi malangnya setelah mereka meminum ubat tersebut mereka telah pun hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan mengakibatkan mereka di hantar ke Pusat Pemulihan yang diberi nama “Pusat pemulihan jiwa kacau” di sinilah mereka berjumpa dengan Apong (Saiful Apek), Kudin (Yassin Senario), Remy (Tauke jambu), Bob (Jepp Sepahtu), Ar Badul (Dr Bada), Pak Abu (Hamid Gurkha) Attendan Kulai (Mamat Sepah), Attendan Ilya (Ilya Senario), Wak Herman (Herman Tino) dan ramai lagi, bermacam-macam peristiwa dan kekecohan yang berlaku sepanjang mereka di pusat pemulihan jiwa kacau ini, Zack dan Wangi (Leez Af) berusaha untuk mencari ubat bagi mengembalikan ingatan mereka adakah mereka semua berjaya dipulihkan?
Syarikat Penerbit : Nusanbakti Corporation Sdn. Bhd. & Skop Production Sdn. Bhd. Penerbit Eksekutif: Mohd Atlas Penerbit: Ismaliza Ismail Pengarah: Isma & Tauke Jambu Penulis Skrip: Mohd Atlas & Tauke Pengarah Fotografi: Acai Pengarah Seni: Rustam Penyunting: Lutfi Pengarah Muzik: Zimi Sofazr Penolong Pengarah: Lutfi Pengurus Produksi: Zulkefli Majid Proses Penyuntingan: Nusanbakti Corporation Sdn. Bhd. Bahasa : Bahasa Melayu kategori : Filem Cereka Genre : Komedi Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Be the first to comment