Pahlawan Kemerdekaan Kawan Rosli

  • 13 tahun lalu
Sedutan dari filem PAHLAWAN KEMERDEKAAN, terbitan Studio TV Rejimen Ke-10

Kawan Rosli, putera terbaik Sungai Pahang adalah seorang anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 telah menyumbangkan seluruh jiwa raganya untuk kemerdekaan ibu pertiwi. Nama asalnya Mat Amin lahir pada tahun 1927 di Kampung Tanjung Batu, Temerloh, Pahang. Beliau pernah mendapat pendidikan di Sekolah Melayu lulus darjah 5.
Selepas tamat perang dunia kedua, situasi politik Malaya mengalami pergolakan yang kencang, kesedaran rakyat untuk kemerdekaan berkobar-kobar. Pergolakan ini telah mendorong Kawan Rosli menyertai berbagai aktiviti politik seperti PKMM, API dan lain-lain.