• 40 minutes ago
Nadi Weekend (28/11/2026)
Transcript
00:00Macam pilihan raya umum PRU, Kongres Tahunan PJBM kali ini mencatatkan kehadiran tertinggi dalam sejarah apabila seramai 192 ahli turun
00:09mengundi bagi menentukan barisan kepimpinan baru.
00:12Bermula seawal jam pagi 10.30, Kongres berlangsung hampir 7 jam sebelum keputusan rasmi mengesahkan Kim Sui menyandang semula jawatan
00:20presiden selepas menangi saingan 3 penjuru.
00:23Beliau memperlih 142 undi, jauh meninggalkan pencabarnya Dato' Richard Scully yang meraih 28 undi dan Azlan Johar dengan 23 undi
00:31sekaligus meneruskan kepimpinannya bagi penggal ini.
00:35Ya, hampir 200 ahli yang hadir dan seperti saya katakan, mereka ingin melihat sesuatu yang lebih baik.
00:42Dan ini merupakan tugas wakil ataupun ahli EXCO yang baru untuk memastikan kita tidak meninggalkan aspek-aspek penting yang perlu
00:56kita berikan semula pada ahli-ahli kita
01:00dan melakukan banyak lagi program-program terutamanya daripada segi pendidikan kejulatihan.
01:07dan saya percaya itu yang mereka inginkan dan pada masa yang sama dah tentu bagi pihak Persatuan Jurulatih Bola Sepak
01:14Malaysia
01:15kita harus bekerjasama dengan banyak pihak terutama apabila kita melakukan seminar-seminar termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM
01:25di mana ini penting untuk kita mengadakan kolaborasi bagi membolehkan kita melakukan banyak lagi projek-projek yang akan datang.
01:34Kim Sui bersama dua timbalan Presiden Razib Ismail dan Asri ninggal yang menang tanpa bertanding membentuk gandingan baru
01:40dengan kehadiran beberapa wajah segar dalam barisan kepimpinan.
01:44Antara yang mencuri tumpuan ialah Nizam Jamil yang berjaya mengisi salah satu daripada empat kerusi naik Presiden.
01:49Manakala Syukur Adhan, Buyamin Umar, Syarom Kalam, Zakuan Adha Abdul Razak dan Kawakit Pajalun
01:55antara lima daripada calon yang berjaya mengisi lapan kerusi EXCO lelaki.
02:02Yes, itu merupakan satu petanda yang cukup baik di mana saya nampak ramai bukan pemain
02:12dulu merupakan pemain saya tetapi mereka kini bergelar jurulatih dan mereka berada dalam senarai EXCO.
02:19Jadi kita inginkan satu lapisan di mana kalau kita lihat daripada segi timbalan dan juga naik Presiden
02:29itu merupakan jurulatih-jurulatih yang agak senior dan berpengalaman.
02:34Tetapi dalam barisan EXCO kita lihat ramai jurulatih-jurulatih muda di mana ini penting untuk kita mendapatkan
02:41satu lapisan yang agak baik selepas kita melangkah keluar untuk mereka mengambil alih
02:47dan seterusnya melakukan program-program yang lebih baik.

Recommended