• 4 minutes ago
The Defence Ministry will ensure the safety of the air force personnel who uncovered a drug haul at the Subang Air Base and assisted police in their investigations, says Adly Zahari.

The Deputy Defence Minister said the ministry was not only reviewing its existing security procedures but also looking into the safety of personnel involved in exposing the suspected drug syndicate.

Read more at https://tinyurl.com/c6tb7vhr

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Yang berhormat kepung dan saya fikir ada ahli-ahli yang berhormat juga yang lain membangkitkan tentang isu dadah di bekalan
00:08udara Subang.
00:09Saya fikir kerana ahli-ahli yang berhormat mungkin mengambil maklum perkara ini pada 17 November 2026,
00:17Datuk Seri Pengurusi ketika melaksanakan pemeriksaan rutin keselamatan di cabang pergerakan udara, bekalan udara Subang.
00:25Seorang petugas cabang pergerakan udara telah menunggu 5 buah bagasi.
00:28Salah satu bagasi mempunyai tanda nama dan sebuah kotak mengandungi botol yang berlabel Baja Kimia yang tidak mempunyai pelekat keselamatan.
00:39Hasil imbasan oleh anggota pertahanan darat dan udara iaitu Handau mendapati kandungan kesemua bagasi dan kotak tersebut adalah mencurigakan.
00:49Dan perkara tersebut dilaporkan kepada pegawai cabang pergerakan udara dan berdasarkan tanda nama bagasi tersebut,
00:56pemilik bagasi merupakan juru terbang bagi penerbangan RMF 132.
01:01Seterusnya beliau dipanggil untuk pemeriksaan fizikal.
01:04Beliau diminta untuk membuka bagasi dan membawa kepada penemuan bungkusan merah yang mengandungi ketulan kristal yang disyaki bahan telarang.
01:12Anggota Handau selanjutnya melaporkan penemuan tersebut kepada Ketua Pengawal dan juga Ketua Skodron 211 Handau.
01:20Ketua Skodron 211 Handau menghubungi cawangan penyiasatan jenayah Provost, Provost Marshall, TUDM untuk tujuan untuk tindakan lanjut.
01:29Dan pihak TUDM telah menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN PDRM Bukit Aman untuk pengesahan.
01:41Tim PDRM Bukit Aman telah tiba di cabang pergerakan udara bagi mengesahkan barang yang disyaki adalah dadah berbahaya.
01:49Dan hasil saringan awal PDRM menunjukkan bahan kristal positif metapetamin iaitu ampetamin dan juga sebanyak 93 bungkusan merah dan hijau
02:02dengan anggaran berat keseluruhan 96.65 kilo ditemui dalam lima bagasi.
02:11Pihak PDRM menyita lima buah bagasi dan sebuah kotak.
02:15Dan selanjutnya pihak PDRM telah menahan dua orang suspek manakala tiga orang pegawai,
02:20sembilan orang lain-lain pangkat yang terdiri daripada anak kapal dan petugas-petugas cabang pergerakan udara di bawah ke IPD
02:29Syah Alam
02:30dipanggil untuk membantu siasatan.
02:32Secara keseluruhan dari hasil soal siasat PDRM telah mengenalpasti lima orang pegawai menjadi suspek kes termasuk seorang di Labuan.
02:42Seterusnya dua lagi tangkapan di atas anggota TUDM telah dibuat di Tawau.
02:46Kesemua suspek telah direman selama tujuh hari.
02:49Dan saya kalau kita dapatkan makluman sebahagiannya reman itu disambung.
02:55Dan jumlah keseluruhan anggota TUDM yang ditahan oleh PDRM sehingga kini adalah selamai tujuh orang.
03:01Itu terdiri daripada tiga orang kapten TUDM, dua leftenen TUDM, seorang pegawai waran udara dua dan seorang korporal udara.
03:11Dan pemakluman oleh pihak TUDM di media sosial dikeluarkan pada 20 November 2026 bagi memberi laluan kepada pihak PDRM untuk
03:20menjalankan siasatan terperinci tanpa berlakunya kebocoran maklumat agar jaringan sendikit dadah ini dapat dilumpuhkan sepenuhnya.
03:28Dan untuk makluman juga, pihak TUDM mempunyai prosedur kawalan keselamatan seperti yang telah ditetapkan oleh publikasi udara 4304, second edition,
03:41iaitu Peraturan Pergerakan Udara, bahagian 2, Seksyen 6, iaitu Standard Operating Procedure, SOP, Cabang Pergerakan Udara, bahagian J, para 2,
03:54muka surat 13.
03:55Di mana semua anggota yang bertugas di cabang pergerakan udara adalah telatih dan kompiten dalam melaksanakan tugas masing-masing.
04:03Mereka mempunyai pengalaman dan telah menghadiri kursus yang berkaitan seperti pengurusan sistem material peningkatan kelas 1, pengurusan pergerakan udara, dangerous
04:12goods function,
04:14satu bersama Malaysia Airlines Berhad Academy dan juga Radioactive Protection Officer level 3 bersama Jabatan Tenaga Atom.
04:23Dan kalau kita lihat, penlibatan agensi kementerian dalam negeri seperti PDRM, Kustom Diraja Malaysia dan Jabatan Immigration Malaysia
04:30sentiasa dilibatkan mengikut keperluan semasa dalam pemeriksaan penumpang dan bagasi yang melibatkan penerbangan pesawat PUDM
04:37yang akan berlepas keluar negara ini untuk urusan luar negara.
04:41Tapi seperti mana yang saya maklumkan tadi, semua daripada tanggung jawab kita, sedikit saja lagi.
04:47Cuma untuk makluman, Datuk Seri Pengerusi, kita tahu bahawa bila ini terkait dengan persoalan-persoalan ini,
04:55dia juga kita di peringkat Kementerian Pertahanan memang kita ada jawatan kuasa di peringkat dalaman.
04:59Di samping kita tahu bahawa pihak PDRM, siasatan itu memang akan kita sentiasa di Kementerian Pertahanan akan berikan kerjasama kita.
05:07Tapi kita tahu bahawa tanggung jawab kita di peringkat PUDM juga.
05:11Kalau kita lihat pegawai-pegawai kita yang melakukan tangkapan ini juga, keselamatan mereka juga kita bincangkan juga.
05:19Kerana kita tahu bahawa bukan suatu perkara kecil.
05:22Bila perkara-perkara ini berlaku, kita bukan sahaja melihat prosedur yang kita ada,
05:27tetapi penilaian kita juga buat masa ini adalah untuk menjaga keselamatan anggota-anggota kita yang bertindak
05:33untuk melakukan tangkapan ini dan memberikan kerjasama kepada pihak PDRM.
05:39Seperti mana yang selalu kita sebut dalam soal-soal integriti kita
05:43ataupun perkara-perkara yang terkait dengan rasuah penyalahgunaan kuasa pecah amanah ini,
05:49sebenarnya kita di peringkat PDRM kita tak pernah bertelah ansur.
05:51Dua perkara, bahawa tindakan kita di peringkat Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia akan kita laksanakan.
05:57Dan yang kedua, saya fikir di peringkat Undang-Undang Negara pun mereka tak boleh terlepas juga.
06:03Jadi saya fikir penyiasatan itu diteruskan oleh pihak PDRM dan kita di peringkat Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan
06:11akan sentiasa memberikan kerjasama.

Recommended