• 11 hours ago
Roda Panas berpeluang mengadakan lawatan eksklusif ke kilang ZXMOTO di Chongqing, China, menerusi program lawatan media anjuran Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. bagi melihat dengan lebih dekat operasi pengeluaran serta proses pemasangan motosikal jenama berkenaan.

Selain meninjau barisan pengeluaran, pihak media turut diperkenalkan kepada beberapa model motosikal ZXMOTO, termasuk jentera berprestasi tinggi 820RR-R yang masih belum memasuki pasaran Malaysia.

Category

🚗
Motor
Transcript
00:00Roda manas, hari ni saya berada di Chongqing, China
00:03Dan kita berada di mana?
00:04Sekarang ni kita berada di kilang ZXMoto
00:08So hari ni kita diberi peluang untuk masuk ke dalam factory diorang
00:12Dan kita nak tengok macam mana production motosikal daripada ZXMoto
00:16Nampak dalam kotak kat belakang tu?
00:19820RR
00:19Tapi tu bukan RR biasa
00:21RRR
00:21Mungkin ada di dalam ni salah satu daripada motor anda juga
00:24So jom kita tengok apa ada kat dalam
00:26China sememangnya terkenal sebagai antara negara pengeluar motosikal terbesar di dunia
00:31Pelbagai jenama yang semakin mendapat perhatian di pasaran antarabangsa
00:34Antaranya adalah ZXMoto iaitu sebuah jenama motosikal yang ditubuhkan pada tahun 2024
00:40Dan berpangkalan di Chongqing, China
00:42Walaupun masih baru dalam industri
00:44ZXMoto memang cukup agresif membangunkan pelbagai model motosikal
00:48Khususnya dalam segmen yang berprestasi tinggi
00:50Kali ni Roda Manas berpeluang berkunjung sendiri ke kilang ZXMoto
00:54Untuk melihat dengan lebih dekat operasi dan pengeluaran motosikal mereka
00:57Sebelum dibawa masuk ke bahagian pengeluaran kami
01:00Terlebih dahulu diperkenalkan kepada beberapa model motosikal ZXMoto
01:04Yang dipamerkan khas kepada pihak media
01:06Apa yang menarik
01:07ZXMoto bukan sahaja memberi tumpuan kepada motosikal untuk kegunaan harian
01:11Malah turut membangunkan jentera dalam kategori
01:14Supersport, Naked dan juga Adventure
01:16Antara model yang mencuri pattern sudah tentunya
01:18Model ZXMoto 820RRR
01:21Jentera Supersport ni menggunakan engine 3 silinder sebaris
01:24Berkapasiti 819 cc dan mampu menghasilkan kuasa sehingga 145 hp
01:29Sebagai perbandingan, model 820RR yang sedia ada terjual di pasar Malaysia
01:35Menghasilkan sehingga 135 hp
01:37Tetapi varian AAA ni dia menerima beberapa peningkatan komponen prestasi
01:43Termasuk sistem rig dan juga suspension
01:45Selesai melihat model-model yang dipamerkan kami kemudiannya dibawa masuk ke bahagian yang paling menarik sepanjang lawatan ini
01:51Iaitu barisan pengeluaran ZXMoto
01:53Kalau sebelum ni kita hanya melihat motosikal yang sudah siap dipamerkan di bilik pameran
01:58Tapi kali ni kami berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana sebuah motosikal dipasang daripada peringkat awal
02:03Bermula dengan bahagian engine, kemudian chassis, sistem pendawayan dan juga komponen-komponen lain sehinggalah motosikal hampir siap sepenuhnya
02:11Apa yang menarik? Proses menghasilkan sebuah motosikal sebenarnya melibatkan banyak peringkat kerja yang mungkin tidak pernah kita fikirkan apabila melihat
02:19produk yang sudah siap
02:20Daripada komponen yang kecil sehinggalah bahagian utama motosikal semuanya perlu dipasang dengan teliti
02:26Bagi kami pengalaman berada sendiri di barisan pengeluaran ini memberikan gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana ZXMoto mengendalikan operasi pembuatan
02:34motosikal mereka
02:34Secara keseluruhan lawatan kekilang ZXMoto ni memberikan satu pengalaman yang cukup menarik khususnya apabila dapat melihat sendiri proses disebalik penghasilan
02:42sebuah motosikal
02:43Walaupun ZXMoto masih dianggap pemain baru dalam industri, perkembangan yang ditunjukkan pastinya sesuatu yang menarik untuk diperhatikan
02:49Dan persoalan dia adakah kita akan melihat model 820RR ni akan masuk ke pasaran Malaysia
02:57Jadi teruskan bersama Roda Manas untuk perkembangan industri automotif dari dalam dan juga luar negara