Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Nadi Arena (16/11/2026)

Category

🥇
Sports
Transcript
00:00Saya menolak keras pemilihan sukan bukan keputusan sepihak Malaysia selaku tuan rumah.
00:05Nyataan itu dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan, Dr. Muhammad Taufik Johari,
00:09susulandawaan Malaysia bertindak mengetepikan beberapa acara sukan pada termasya Sukansi 2027.
00:15Jelas Taufik, senarai akhir 43 jenis sukan yang bakal dipertandingkan adalah hasil persetujuan bersama
00:20ke semua 11 negara anggota Persekutuan Sukan Asia Tenggara.
00:24Malah, proses yang berlangsung turut membuka ruang kepada setiap negara mengemukakan rayuan
00:28sebelum keputusan dimuktamadkan.
00:31Selain mengesahkan ada menerima surat daripada Indonesia pada 13 November lalu,
00:35Taufik menegaskan ia bukanlah satu bentuk bantahan atau boykot.
00:38Sebaliknya permohonan agar beberapa acara tambahan dapat dipertimbangkan.
00:43Namun, sebarang keputusan akhir perlu mematuhi piagam dan peraturan persekutuan
00:48yang menjadi asas dalam menentukan program sukan di termasya duit tahunan tersebut.
00:53Peraturan 34.1.5, kelulusan senarai sukan.
00:57Saya bacakan bahawa senarai sukan dan disiplin diperaku oleh jawatan kuasa sukan dan peraturan.
01:04Kemudian, JK ataupun jawatan kuasa eksekutif dan diluluskan oleh majlis SEA Games Federation
01:10melalui majoriti muda NOC anggota yang layak.
01:13Dan juga peraturan 36.6, pindaan senarai acara.
01:17Senarai acara dimuktamadkan dan diluluskan oleh jawatan kuasa eksekutif
01:23tidak boleh dipinda kecuali diluluskan oleh jawatan kuasa eksekutif itu sendiri
01:28dan juga melalui majoriti muda atau simple majoriti NOC anggota yang layak.
01:34Jadi saya rasa penetapan sukan ini telahpun dibahas, dibentang, diundi, dipilih secara rasmi,
01:43secara laluan yang betul dan melibatkan semua NOC dan juga 11 negara yang terlibat.
01:50Saya menolak keras jika ada sebarang pendapat yang mengatakan bahawa
01:57pemilihan acara sukan ini adalah pemilihan secara sepihak.

Recommended