00:00Kerajaan akan meneliti penyelarasan penguatkuasaan terhadap kemasukan produk dan perniagaan entiti asing ke pasaran tempatan bagi memastikan persaingan adil serta
00:10melindungi kepentingan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS tempatan.
00:15Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadillah Yusof berkata perkara itu dibincang dalam mesyuarat jawatan kuasa Kabinet memperkasa pembelian dan penggunaan
00:23produk tempatan yang dipengerusikan beliau pada Khamis.
00:29Menurutnya perkara ini akan diteliti oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Kewangan melalui kumpulan jawatan kuasa kerja yang
00:38akan diwujudkan.
00:40Tegas beliau jawatan kuasa itu turut memberi perhatian kepada keperluan memperkukuh penyelarasan dasar, meneliti kerang keperundangan dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan
00:50dalam landscape perdagangan digital yang semakin berkembang.
00:53Fadillah berkata penggubalan rang undang-undang e-dagang turut diberi perhatian bagi menyokong ekosistem perdagangan digital yang lebih berkesan.
01:02Beliau berkata mesyuarat itu turut meneliti termarujukan dan keanggotaan jawatan kuasa Kabinet berkenaan bagi memperkukuh mekanisme penyelarasan antara Kementerian serta
01:12agensi.
01:13Langkah ini penting untuk memastikan pelaksanaan inisiatif berkaitan produk tempatan dilaksanakan secara bersepadu, mengelakkan pertindihan usaha dan meningkatkan keberkesanan tindakan
01:24susulan.
01:25Dalam pada itu, Fadillah berkata mesyuarat membincangkan penyeragaman penggunaan logo Jom Beli Produk Malaysia atau Jom Malaysia dalam program mempromosikan
01:34produk tempatan dan mengekalkan penggunaan logo khusus yang ditetapkan bagi program Kementerian masing-masing.
01:42Kementerian masing-masing