00:00Pemandu kereta elektrik BYD yang terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu sehingga
00:08mengorbankan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun akan didakwa di Mahkamah Magistrate Trafik Jalan Duta pada Khamis.
00:15Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisional Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, lelaki yang berusia 24
00:23tahun itu ditahan di sebuah hospital swasta di Damansara pada Rabu selepas dibenarkan keluar dari pusat perubatan itu.
00:33Mohd Zamzuri berkata, lelaki itu kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah IPD Dangwangi untuk ditahan di lokap kira-kira
00:41jam 12.30 tengah hari.
00:42Menurutnya, Ketua Siasatan dirujuk kepada pengarah pendakwaan pada jam 3 petang dan selepas perbincangan, pihak pendakwaan bersetuju supaya pemandu berkenaan
00:51dituduh.
00:53Pertuduhan terhadap suspek akan dikemukakan mengikut Seksyen 41-1, Seksyen 42-1 dan Seksyen 52-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:05Dalam kejadian kira-kira jam 3.44 petang pada Sabtu lalu, kenderaan BYD Seal berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah
01:13perodua beza yang bergerak dalam aliran trafik perlahan dari arah pusat bandar menghala ke Segambut.
01:19Pelanggaran itu turut membabitkan sebuah motosikal sebelum perodua beza terbabit berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain.
01:28Akibat kejadian itu, penumpang perodua beza, Asyah Ahmad Syahir yang berusia 5 tahun, mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan
01:37meninggal dunia.
01:38Di Hospital Kuala Lumpur, pemandu perodua beza berusia 30 tahun pula mengalami luka di tangan kanan manakala penunggang motosikal berusia
01:4633 tahun cedera di kepala.